Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kepentingan Muhasabah Diri Sendiri Mengikut Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah

Pengajaran yang dapat kita ambil daripada sirah yang sangat masyhur ini
Editor
08 Sep 2020, 07:00 AM

Sesampainya umur nabi kita Muhammad SAW, kepada 40 tahun, Baginda suka untuk menyendiri di Gua Hira sebagai langkah muhasabah diri dan mengasingkan diri daripada kaum Arab Quraisy. Amalan ini akan mengambil masa sehingga beberapa hari dan malam. Baginda berulang alik di antara rumahnya dan Gua Hira sehingga turunnya wahyu pertama daripada Allah Azza Wajalla.

kepentingan muhasabah diri sendiri mengikut pengajaran daripada sirah rasulullah

Terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil daripada sirah Baginda SAW ini. Kita sebagai umatnya yang sangat lemah dalam mengawal iman dan kemahuan diri ini, perlu menghayati bait-bait kisah ini dalam memandu hidupan seharian kita.

  1. Kita sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan perlu selalu menilai semula pelakuan kita dan bagaimana kita membawa diri di atas dunia ini. Langkah memuhsabah diri ini sangat bagus kerana ia menarik kita semula ke atas bumi ini supaya tidak ditelan ego dan sifat sombong. Ia akan menggesa kita supaya terus memperbaiki diri kita.
  2.  Dengan menghayati kisah tersebut, kita dapat sedar dan menghindari diri daripada penyakit-penyakit hati seperti sombong, bongkak dan takabbur.  Kita perlu betulkan kembali panduan hidup kita supaya selari dan berteraskan Al-Quran dan Sunnah.
  3. Pengorbanan. Sirah ini menunjukkan seorang manusia yang sedia berkorban tenaga dan masanya demi mencari jalan yang benar. Dalam hidup kita yang penuh halangan dan ujian ini, kita seringkali perlu mengorbankan sedikit kemudahan atau keselesaan dunia bagi menjaga iman dan agama kita. Walaubagaimanapun, kita perlulah ingat bahawa pengorbanan kita itu haruslah tidak membelakangkan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia, seperti menjadi seorang ibu, bapa, anak, ataupun seorang pekerja.
  4. Dari segi psikologi, pengajaran yang boleh diambil ialah tiada kesalahannya sekiranya kita mengambil sedikit masa untuk bersendiri dan menilai kembali diri ini sekiranya ditimpa cabaran atau keadaan yang boleh mengganggu emosi kita. Kesihatan mental kita sama pentingnya dengan kesihatan fizikal kita.
  5. Akhir sekali, pengajaran yang dapat dipetik daripada kisah di atas ialah, kita sebagai khalifah di atas muka bumi ini perlulah mengamalkan dakwah dalam segala apa yang kita buat. Dakwah perlulah dilakukan secara berhemah dan mengikut sistem yang betul.

Baginda mendapat wahyu pertama ketika di Gua Hira. Banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada bait-bait sirah Nabi junjungan kita ini sebagai pegangan dan panduan kita untuk menjalankan kehidupan seharian kita.

Sumber: Website

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us