
Beberapa minggu lepas seluruh negara kagum melihat keakraban adik Muhammad Syukur Khamis dengan kerbau ternakan bapanyanya.
Namun, muncul pula akan kisah keakraban seorang gadis berusia 17 tahun yang dikenali sebagai Nadia Khairun Nisa bersama kerbau peliharaannya. Lebih menarik lagi apabila kerbau yang dijaganya itu berwarna merah jambu.
Gadis yang berasal dari Kuala Nerus itu dikenali sebagai Gadis Kerbau Pink. Kisahnya ini bukanlah kisah yang baru namun beberapa ceritanya di Facebook kembali menarik perhatian netizen.
Berdasarkan laporan Bernama, Nadia sudah ‘berkawan’ dengan kerbau albino tersebut semenjak haiwan itu berusia enam tahun. Semenjak dari itu, Nadia sering membawa kerbau yang diberi nama Awang ke kandang dan diberikan mandi serta membawa haiwan itu ke padang ragut.
Sumber: GPS Bestari
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.