Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tasik Tabari Makin Mengering Tanda Besar Sudah Hampirnya Hari Kiamat

Ya’juj dan Ma’juj akan keluar dan melalui Tasik Tabari, meminum apa yang ada di dalamnya sehingga kering.
Editor
01 Apr 2021, 04:25 PM

Laut Galilee, juga Tasik Gennesaret, Tasik Kinneret, Laut Tiberias atau Tasik Tiberias terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu) kira-kira 21 km (13 batu) panjang dan 13 km (8 batu) lebar.

tasik tabari kering menandakan sudah hampirnya hari kiamat

Daripada al-Nawwas bin Sam’an RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda:

وَيَبْعَثُ اللهُ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ، وَهُمْ مِنْ كُلِّ حَدَبٍ يَنْسِلُونَ، فَيَمُرُّ أَوَائِلُهُمْ عَلَى بُحَيْرَةِ طَبَرِيَّةَ فَيَشْرَبُونَ مَا فِيهَا، وَيَمُرُّ آخِرُهُمْ فَيَقُولُونَ: لَقَدْ كَانَ بِهَذِهِ مَرَّةً مَاءٌ

Maksudnya: “Allah SWT akan mengutuskan Ya’juj dan Ma’juj dan mereka akan datang dari segala penjuru dengan begitu cepat. Mereka akan melalui Tasik Tabari dan akan meminum apa yang ada di dalamnya (sehingga kering) sehinggakan yang terakhir daripada kalangan mereka berkata: Tadi ada air di tasik ini.”

Riwayat Muslim (2937)

Justeru, di dalam hadith jelas menyatakan bahawa air di Tasik Tabari akan kering akibat diminum oleh Ya’juj dan Ma’juj apabila mereka muncul di akhir zaman nanti dan ini juga menunjukkan bilangan Ya’juj dan Ma’juj begitu ramai disebabkan itu al-Quran dan Nabi SAW menyatakan bahawa mereka iaitu Ya’juj dan Ma’juj akan keluar dengan meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

tasik tabari kering menandakan sudah hampirnya hari kiamat

Firman Allah SWT:

حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ

al-Anbiya’: 96

Maksudnya: “(Demikianlah keadaan mereka) sehingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, mereka akan meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”

Kesimpulannya, hadith yang menyatakan bahawa Tasik Tabari akan kering merupakan hadith yang sahih kerana ia diriwayatkan oleh Imam Muslim atas kesahihannya.

Peristiwa ini akan berlaku di akhir zaman di mana munculnya Ya’juj dan Ma’juj akan keluar maka ini juga merupakan tanda-tanda besar hari Kiamat.

Sumber: Mufti Wilayah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us