Siasatan kes serangan asid melibatkan pemain Selangor FC, Faisal Halim diambil alih pasukan khas daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Kamri Kamaruddin selepas Pejabat Dewan Negeri Selangor menerima maklum balas mengenai Usul 17(1) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor yang dibawa Abbas Salimmi Che Adzmi@azmi (PH-Seri Serdang).
Menurut beliau, maklum balas itu diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius berhubung penyiasatan kes ini dengan siasatan kes diambil alih oleh pasukan khas USJT JSJ Bukit Aman.
“(Pasukan itu) mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.