Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

KETAHUI 5 PERKARA TENTANG HARI ASYURA (10 MUHARRAM)

Editor
14 Oct 2017, 06:52 AM

ketahui 5 perkara tentang hari asyura (10 muharram)

Ramai yang tak tahu apa sebenarnya berlaku pada 10 Muharram yang menjadikannya hari itu istimewa. Bila kita tengok orang puasa, kita pun ikut puasa. Jadi, eloklah kalau kita ambil tahu beberapa perkara yang berkaitan dengan Hari Asyura.

1. KEISTIMEWAAN HARI ASYURA

hari Asyura bererti hari ke sepuloh dalam bahasa Arab.

Hari Asyura ini dikaitkan dengan beberapa peristiwa penting dalam sejarah umat Islam, contohnya hari di mana Allah menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel daripada Firaun dan musuh-musuh mereka.

Dalam sebuah hadis menyebutkan:

Rasulullah S.A.W datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka Baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.

(Riwayat al-Bukhari)

2. HUKUM & KELEBIHAN BERPUASA PADA HARI ASYURA

Hukum berpuasa pada Hari Asyura adalah sunat

Terdapat nas yang menceritakan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram ini secara khusus. Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

(Riwayat Ibn Majah)

3. KENAPA UMAT DIGALAKKAN BERPUASA PADA 9 & 11 MUHARRAM?

kebanyakan yang berpuasa Asyura ini sudah mula berpuasa pada 9 Muharram dan akan turut berpuasa pada 11 Muharram. Nak tahu kenapa?

Sebenarnya amalan ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Abbas, Nabi SAW bersabda:

Berpuasalah kalian pada hari ‘Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.

(Riwayat Ahmad)

4. TAPI, KALAU NAK PUASA PADA 10 MUHARRAM SAJA BOLEHKAH?

Mufti Wilayah Persekutuan, untuk menyempurnakan puasa Hari Asyura adalah dengan berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas 10 Muharram.

Cara kedua yang terbaik adalah dengan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Manakala, cara ketiga adalah dengan berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal. Ini bermakna, tak salah kalau kita hanya berpuasa pada 10 Muharram saja.

5. KEISTIMEWAAN LAIN BULAN MUHARRAM

Sebenarnya hari-hari lain dalam bulan Muharram juga dianjurkan untuk berpuasa ya. Ini kerana, Puasa sunat paiing afdhal setelah bulan Ramadhan adalah bulan Muharram.

Terdapat sebuah hadis yang menceritakan tentang seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Baginda SAW menjawab:

Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadhan maka berpuasalah kamu pada bulan al-Muharram kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah.

(Riwayat al-Tirmizi)

Selain itu, kalau kita baca semula hadis di atas, bulan Muharram juga disebut sebagai bulan Allah – yang tidak disebut pada bulan-bulan lain. Secara umumnya, jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka sudah tentu ia adalah sesuatu yang mulia, seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.

Sumber - Sirap Limau

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us