Kadang kala kita kena tepuk dada dan muhasabah diri, apa yang kurang dalam diri kita. Apa yang tidak cukup dalam diri ini. Ada masanya kita tiba-tiba akan rasa takut dengan diri sendiri.
Cukup kah amalan kita, cukup kah melangkah masuk ke syurga, tetapi yang paling penting cukup bersedia kah kita untuk menghadap Illahi.
Ketakutan ini jika ada pada diri kita, maka baguslah kerana ia bermaksud masih ada iman tersemat di dada dan masih berasa takut kepada yang Maha Esa.
- Takut mati sebelum sempat bertaubat
- Takut istidraj dalam nikmat
- Takut tidak beristiqamah dalam beramal
- Takut kesudahan hidup yang buruk (su-ul khatimah, mati dalam keadaan yang buruk)
- Takut sakaratul maut dan yang berkaitan dengannya seperti azab kubur, soal jawab dalam kubur
- Takut berdiri lama di padang Mahsyar
- Takut Menyeberangi Siratul Mustaqim
- Takut akan bahangnya Api Neraka
- Takut tidak dibenarkan masuk ke dalam Syurga
- Takut terhijab daripada Allah
Sumber: Majalah WM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.