Ada berita baik untuk penduduk Kelantan! Bagi mereka yang memikirkan untuk berhijrah ke ibu kota atau ke Lembah Klang untuk mencari rezeki yang lebih baik, mungkin mereka akan berfikir dua kali dengan perkembangan terbaru ini.

Hal ini demikian kerana, influencer dan usahawan terkemuka negara, Khairul Aming bakal membuka kilang 'Sambal Nyet' beliau yang kedua lantaran sambutan hangat yang diterima oleh orang awam terhadap produk beliau. Memetik kenyataan beliau di laman sosial, jualan Sambal Nyet telah pun mencecah 1,000,000 botol sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan jualan sambal beliau mencecah RM 14,000,000 (RM 14 Juta).
Menurut Khairul, kilang kedua ini bakal menampung permintaan dan pengeluaran tambahan untuk "Sambal Nyet". Kilang dengan keluasan 22,000 kaki per segi ini juga bakal dijadikan tempat persediaan untuk pengeluaran produk kedua nanti. Dalam pada itu, Khairul Aming juga menzahirkan penghargaan beliau untuk mereka yang tidak putus-putus membantu dan menyokong perniagaan beliau.
"Thank you so much kepada semua yang menyokong dari awal launching dulu sampai ke hari ni. Thank you for being part of the journey. Will keep you guys updated on the upcoming progress 😇"
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.