Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Hanya Guna Van Terpakai, Khidmat Van Percuma Bantu Keluarga Kurang Mampu Urus Jenazah

Van jenazah percuma ini membawa jenazah yang agak jauh di pendalaman Sabah.
28 Jul 2021, 02:15 PM

Perkhidmatan van membawa jenazah secara percuma dikendalikan Persatuan Amal dan Jenazah Sabah sejak setahun lalu berjaya membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

Menurut pengasasnya Masrul Guding, pihaknya kini telah membawa lebih 125 jenazah Islam dan lapan bukan Islam, termasuk 18 jenazah pesakit COVID-19.

hanya guna van terpakai, khidmat van percuma bantu keluarga kurang mampu urus jenazah

Malah, perkhidmatan ini diwujudkan apabila kos penghantaran jenazah dari hospital ke kampung waris terutamanya di luar daerah agak tinggi dianggarkan hampir RM1,000.

Hanya sebuah van terpakai milik sepupunya Soffian Jais dengan bermodalkan RM20,000 bagi kos ubah suai, tercetus perkhidmatan yang digunakan untuk membawa jenazah pertama dari Hospital Likas ke Sepanggar.

“Ketika itu van berkenaan memang belum bersedia untuk digunakan sebab belum ada keranda, jadi saya bersama Soffian mengeluarkan duit simpanan masing-masing untuk mengubah suai van pertama itu supaya ia sesuai untuk membawa jenazah.

hanya guna van terpakai, khidmat van percuma bantu keluarga kurang mampu urus jenazah

“Selepas itu ada individu bermurah hati memberikan van secara percuma selain hasil sumbangan dana daripada orang awam, sekarang kami mempunyai lima buah van dan satu daripada van itu diletakkan di daerah Lahad Datu supaya dapat membantu masyarakat di sana juga,” katanya.

Tambahnya, beliau sendiri membantu mengendalikan sepenuhnya operasi van jenazah itu bagi melancarkan urusan perkhidmatan yang berbakti kepada masyarakat setempat.

Malah, beliau mengakui ia bukanlah kerja yang mudah lebih-lebih lagi apabila menguruskan jenazah pesakit COVID-19 dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) untuk ke kawasan kampung yang agak jauh.

Sumber: Bernama
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}