
Setiap tahun, apabila bulan Ogos menjelma, rakyat Malaysia mula merasai semangat patriotik yang membara. Lagu-lagu kemerdekaan kembali berkumandang, bangunan dihiasi bendera, dan hati kita dipenuhi rasa cinta terhadap tanah air. Namun, di sebalik semangat yang berkobar, penting untuk kita mengibarkan Jalur Gemilang dengan cara yang betul dan penuh penghormatan.
Setiap isi rumah digalakkan untuk mengibarkan bendera sebagai tanda sokongan dan semangat kebangsaan. Tetapi, ramai yang tidak sedar bahawa cara pengibaran dan penjagaan Jalur Gemilang juga memainkan peranan penting dalam memartabatkan simbol negara ini.

Foto Hiasan
Cara Mengibarkan Jalur Gemilang dengan Betul:
✅ Uji tali temali bendera sebelum dinaikkan untuk elak jatuh atau berkibar tak menentu.
✅ Pastikan bendera dalam keadaan baik dan tidak terbalik.
✅ Individu yang menaikkan dan menurunkan bendera perlu berpakaian kemas.
✅ Jalur Gemilang hendaklah dinaik dan diturunkan dengan perlahan dan tertib.
✅ Jangan biar bendera menyentuh tanah semasa mengibarnya.
✅ Lipat dan simpan bendera dengan rapi selepas digunakan.
Tunjukkan Rasa Hormat Terhadap Jalur Gemilang:
🚫 Jangan biarkan bendera meleret ke tanah ketika diturunkan.
🚫 Jangan guna Jalur Gemilang untuk tujuan tidak wajar seperti mengelap tangan.
🚫 Jangan jadikannya alas meja atau penutup sesuatu barang, kecuali dalam majlis rasmi.
🚫 Jangan pijak atau letak bendera di atas tanah.
🚫 Hormatilah bendera dengan berdiri tegak dan diam ketika lagu Negaraku dimainkan semasa upacara menaikkan bendera.
Nota Penting
🔴 Jalur Gemilang yang lusuh, kotor atau koyak tidak sepatutnya dikibarkan.
🔴 Ia juga tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.
🔴 Sebaliknya, bendera usang perlu dilupuskan secara tertutup, bukan di tempat awam.
🔴 Bendera yang sudah rosak harus diganti dengan yang baharu.
Mengibarkan Jalur Gemilang bukan hanya satu perbuatan simbolik tetapi ia merupakan manifestasi kasih dan hormat kita kepada tanah air tercinta. Ayuh, kita semarakkan sambutan Hari Kebangsaan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang secara tertib, penuh hormat dan penuh bangga!
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.