Selepas beberapa edisi kisah kecurangan, masih ada terselit akan seorang insan yang mengajar kita erti kesetiaan. Tak semua lelaki itu bersifat ‘trash’ atau sampah begitu juga perempuan.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Kamal Effendi mendapat perhatian warga media sosial apabila luahannya terhadap isterinya telah membuatkan mereka tersentuh hati.
Biarpun isterinya sudah pergi ke negeri abadi 3 tahun yang lalu, namun guru Bahasa Inggeris ini terus mengingati isterinya.
Dalam satu posting di Instagram dengan dua keping gambar, beliau telah memuat naik kapsyen yang menunjukkan betapa rindunya dia akan isterinya.
“Semestinya saya kembali ke setiap tempat yang pernah kita pergi besama, cumanya kali ini saya kembali sendirian. Salah satunya St. Katharine Pier.
Keadaan telah berubah- waktu saya datang dengan awak, hari hujan. Mungkin matahri dan awan memilih untuk meratapi pemergian awak.
Tapi bila saya datang seorang diri- matahari dan awan seolah-olah gembira kerana saya muncul kembali.
Awak adalah anugerah paling hebat buat saya. Hujan atau sinaran matahari, ada atau tnpa awak- saya akan sentiasa muncul. Saya akan terus berpegang pada janji yang saya akan sentiasa kuat dan tak akan berputus asa.”
Tulisanya guru tersebut dalam Bahasa Inggeris.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.