Siapa yang tidak mengenali nama kumpulan The Jackson 5, kumpulan adik-beradik yang memulakan kerjaya Michael Jackson dalam industri hiburan. Namun ini adalah kisah inspirasi seorang ahli kumpulan The Jackson 5, Jermaine Jackson yang merupakan abang kepada Michael Jackson.
Jermaine Jackson mula mengenali Islam apabila beliau melawat negara-negara di bahagian Timur Tengah. Semasa dia berada di Bahrain, hatinya terbuka untuk menerima Islam apabila dia bersembang dengan kanak-kanak yang bangga menyatakan diri mereka seorang Muslim dan menceritakan keindahan agama Islam. Sebaik pulang sahaja daripada Bahrain, Jermaine menemui para ulama dan pendakwah Muslim di Amerika Syarikat. Beliau menyoal tentang perkara-perkara yang sering mencurigakannya.
Kemudian beliau bertanya pendapat kawan rapatnya, Qunber Ali yang mendorongnya untuk melawat Riyadh. Di situ, Jermaine diberikan layanan yang sangat baik oleh sebuah keluarga yang kemudian membawanya ke Mekah. Maka, Jermaine sekaligus menunaikan umrah dan mengumumkan secara terbuka bahawa dia sudah menjadi seorang Muslim.
Adiknya, Michael Jackson pada awalnya dipengaruhi oleh propaganda media barat yang sentiasa menyebarkan Islamophobia. Apabila Jermaine pulang daripada negara Arab Saudi, beliau membawa pulang buku-buku ilmiah yang dapat membantu beri pencerahan kepada Michael tentang keindahan Islam. Setelah membaca buku-buku tersebut, Michael akan sentiasa mempertahankan Islam jika ibu mereka akan mula berbicara buruk tentang orang-orang Islam.
Selepas memeluk Islam, Jermaine sering mendapat bimbingan daripada kawan rapatnya, Muhammad Ali. Beliau meluahkan bahawa walaupun ramai yang memberi inspirasi untuknya memeluk Islam tetapi perkara yang membuat dia yakin dengan keputusannya itu adalah Al-Quran.
Sumber: IslamReligion.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.