Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Konsert Garis Masa Raihan Sempena Israk Mikraj

Dijadual berlangsung pada 18 Februari 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, Konsert Garis Masa Raihan yang bermula pukul 9 malam menjadi konsert tunggal kumpulan nasyid tersohor negara ini untuk tahun 2023.
Haziq
26 Jan 2023, 02:03 PM

Dijadual berlangsung pada 18 Februari 2023 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, Konsert Garis Masa Raihan yang bermula pukul 9 malam menjadi konsert tunggal kumpulan nasyid tersohor negara ini untuk tahun 2023.

 

Sengaja dinamakan Konsert Garis Masa Raihan, malam tersebut akan diisi dengan untaian lagu yang telah membuat Raihan harum di seluruh dunia.

 

“Raihan telah berada dalam belantika muzik Malaysia dan menjadi kumpulan nasyid yang berpengaruh serta sama penting seperti pemuzik dalam genre pop misalnya sejak album pertama yang dirilis pada 1996 iaitu Puji Pujian.

 

“Sejak itu Raihan telah melalui perjalanan yang panjang dengan turun naik, keluar masuk anggota dan kematangan muzik. Dan di sepanjang garis masa yang dilalui Raihan, kami bersyukur kerana peminat tidak pernah meninggalkan kami. Raihan sentiasa mendapat sokongan daripada semua.

Untitled-1-1.png

“Sebab itu konsert kami pada kali ini dinamakan sebagai Konsert Garis Masa Raihan. Lebih istimewanya juga ia menjadi acara kemuncak dalam festival Cahaya Israk Mikraj yang dianjurkan bersempena memperingati perjalanan Rasulullah SAW ini ikut mempunyai segmen lainnya pada sebelah siang hari,” ujar Che Am dari Raihan.

 

Menjanjikan sebuah konsert yang akan terus menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang terhadap Islam dan perjuangan Rasulullah SAW, Raihan akan mendendangkan hits mereka seperti Syukur, Iman Mutiara, Senyum dan Sesungguhnya yang cukup ikonik dengan kumpulan tersebut.

 

Terdahulu Konsert Garis Masa Raihan akan dibuka dengan kehadiran tokoh Islam, Habib Ali Zainal Abidin dan Habib Jamal Bin Toha Ba’agil dan  Sidi Abu Anas Abu Jaish dalam slot khas yang disediakan.

 

Untuk slot pembukaan pada malam tersebut Habib Ali Zainal Abidin, Habib Jamal dan Amy Search akan tampil memeriahkan lagi pada malam itu.

 

Sementara itu pihak penganjur yakin Konsert Garis Masa Raihan akan menjadi kemuncak acara yang seimbang dan bermanfaat buat pengunjung.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us