Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Bukan Suami Saja Yang Berhak Pilih Calon Isteri, Wanita Pun Berhak Pilih Pasangan Sesuai

Bukan lelaki sahaja yang mempunyai hak untuk memilih calon isteri, tetapi wanita juga berhak memilih pasangan sesuai.
Editor
11 Dec 2020, 06:09 PM

Pemilihan calon suami atau isteri adalah amat penting dalam pembinaan rumah tangga. Kerana mereka lah yang bakal membimbing dan menjadi contoh tauladan kepada anak-anak. Selalunya pemilihan calon lebih diambil berat dari pihak lelaki, tetapi bukanlah bermaksud wanita tiada hak untuk memilih calon suami.

bukan suami saja yang berhak pilih calon isteri, wanita pun berhak pilih pasangan sesuai

Ada sebuah hadis yang disebut mengenai perihal ini yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Baginda SAW bersabda;

لا تُنْكَحُ الأيِّمُ حتَّى تُسْتَأْمَرَ، ولا تُنْكَحُ البِكْرُ حتَّى تُسْتَأْذَنَ قالوا: يا رَسولَ اللَّهِ، وكيفَ إذْنُها؟ قالَ: أنْ تَسْكُتَ

Maksud: “Janda tidak boleh dinikahkan sehingga dia diminta izinnya dan gadis tidak boleh dinikahkan sehingga diminta izinnya.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana izinnya?” Baginda menjawab: “Apabila ia diam.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5136)

Ulama berpendapat bahawa, wanita yang telah baligh dan berakal yang mampu menentukan antara yang baik dan buruk, maka mereka berhak memilih calon suami mereka atau diminta izin terlebih dahulu sebelum dikahwinkan.

Tidak boleh meletakkan mereka dalam keadaan tidak rela atau situasi kahwin paksa. Seperti yang dinyatakan, wanita juga pasti mempunyai kriteria suami yang diimpikan.

Antara kriteria suami idaman yang perlu diambil perhatian untuk membawa kebaikan dalam rumah tangga ialah;

1. Memahami agama dan boleh menjadi imam terbaik bagi keluarga

bukan suami saja yang berhak pilih calon isteri, wanita pun berhak pilih pasangan sesuai

Untuk menjadi ketua keluarga, anda perlu mempunyai ilmu agar keluarga yang dibina itu mampu terbina berlandaskan ilmu. Penguasaan ilmu agama perlu kukuh agar rumah tangga yang dibina mampu berkekalan ke syurga.

Ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan dari Mu’awiyah RA, Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan seluruh kebaikan, maka Allah akan memahamkan dia mengenai agama.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 71)

2. Menjaga kebajikan keluarga

bukan suami saja yang berhak pilih calon isteri, wanita pun berhak pilih pasangan sesuai

Dari Mu’awiyah Al-Qusyairi RA, ia bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai kewajipan suami kepada isteri, lalu Baginda menjawab:

Maksud: “Engkau memberinya makan sebagaimana engkau makan. Engkau memberinya pakaian seperti mana engkau berpakaian atau engkau usahakan dan engkau tidak memukul isterimu pada wajahnya dan engkau tidak memburuk-burukkannya serta tidak memulaukannya (dalam bentuk nasihat) selain di rumah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2142. Ia dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani)

3. Berusaha meluangkan masa bersama keluarga

bukan suami saja yang berhak pilih calon isteri, wanita pun berhak pilih pasangan sesuai

Saidatina ‘Aisyah pernah menceritakan mengenai peribadi Baginda SAW ketika bersamanya;

Maksud: “Beliau pernah bersama Baginda SAW dalam sebuah perjalanan. ‘Aisyah lalu mengajak Nabi SAW berlumba lari bersama beliau dan Baginda SAW dikalahkan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2578. Ia dinilai sahih oleh Al-Hafizh Abu Thahir)

Walaupun jadual dan rutin harian dilanda kesibukan, namun cuba untuk sentiasa mencari ruang meluangkan masa bersama ahli keluarga kerana keharmonian keluarga juga datangnya daripada memori yang dicipta bersama.

4. Menegur kekurangan isteri dengan berhemah

bukan suami saja yang berhak pilih calon isteri, wanita pun berhak pilih pasangan sesuai

Jika seseorang wanita itu ada melakukan kesalahan atau perkara yang tidak sepatutnya, maka menjadi tanggungjawab suami untuk menegurnya dengan cara yang berhemah. Jangan ditinggalkan atau diambil pendekatan silent treatment kerana penjelasan itu lebih baik diberikan sebelum mengundang kepada salah faham yang lebih besar.

Dari Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Jika seorang lelaki tidak menyukai akhlak dan peribadi wanita tersebut, maka hendaklah ia melihat sisi lain yang diredainya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1469)

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us