Seluruh dunia terkesima apabila dikejutkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di negara eurasia di timur tengah, Turkiye. Apa yang mengejutkan ini merupakan antara gempa bumi terbesar selepas tahun 1939 dan 1999.

DESEMBER 1939 - Gempa Bumi 7.8 Magnitud
Pada Desember 1939, gempa menewaskan sekitar 30 ribu orang mangsa di timur laut Turki. Ia juga direkodkan sebagai bencana terbesar dan lebih merosakkan daripada gempa bumi Erzincan.
OGOS 1999 - Gempa Bumi Di Izmit
Jika diulang sejarah pada tahun 1999, kota Izmit merupakan sebuah bandar di kawasan barat laut Turkiye pernah digemparkan dengan bencana gempa bumi yang dasyat setelah hampir 80 tahun.
Ia dikenali sebagai gempa Kocaeli, berlaku pada tarikh 17 Ogos 1999 sekitar jam 3 pagi. Gegaran sekuat 7.4 Magnitud itu ternyata telah mengorbankan mangsa seramai 17000 warga Turkiye. Dalam masa yang sama seramai 500 ribu mangsa kehilangan tempat tinggal akibat kejadian tersebut.

FEBRUARI 2023 - Gempa Bumi Kahramanmaras
Ia juga direkodkan sebagai bencana yang jauh lebih besar dan lebih merosakkan daripada gempa bumi Erzincan 1939.
Kejadian sadis ini berlaku 34 Kilometer ( 21 bt ) di barat Gaziantep pada jam 4 pagi mengikut waktu turkiye. Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS), Gelombang gegaran tersebut berukuran 7.8 pada skala Richter mula berlaku pada 18 Kilometer berhampiran bandar Gaziantep.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.