Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Lafaz-Lafaz Mulia Yang Patut Menjadi Amalan Harian

Setiap situasi yang kita lalui pasti ada lafaz-lafaz mulia yang boleh anda ungkapkan. Tidak kira situasi baik ataupun buruk.
Editor
27 May 2020, 07:00 AM

Setiap situasi yang kita lalui pasti ada lafaz-lafaz mulia yang boleh anda ungkapkan. Tidak kira situasi baik ataupun buruk. Tetapi apa makna sebalik lafaz-lafaz ini. Ada kalanya kita menyebut lafaz-lafaz pada masa yang tidak sesuai dengan maksud lafaz tersebut.

  1.  Subhanallah

Lafaz ‘subhanallah’ membawa makna ‘Maha Suci Allah’. Elok diamalkan sebagai zikir dan dibaca sebelum tidur. Lafaz ini baik digunakan ketika kita nampak sesuatu yang baik dan menggembirakan ataupun perkara yang unik seperti keajaiban alam.

  1.  Astaghfirullahhalazim

Ucapan istighfar ini adalah satu bentuk pengakuan diri sendiri terhadap dosa-dosa yang kita lakukan. Makna istighfar ini adalah ‘aku mohon keampunan daripada Allah SWT.’ Memohon doa keampunan merupakan salah satu perbuatan yang amat dituntut oleh Allah SWT dan janji Allah SWT, mereka yang selalu beristighfar akan dibuka pintu rezekinya.

  1.  Masya Allah

Apabila kita melihat sesuatu yang menakjubkan dan hebat, ucapan Masya Allah ini paling sesuai untuk disebutkan. Terdapat dua makna sebalik lafaz ini, yang pertama, ‘inilah yang Allah SWT kehendaki’ dan makna kedua adalah ‘apa yang dikehendaki Allah SWT akan terjadi’.

Kesalahan yang selalu dilakukan oleh kita adalah dengan melafazkan Masya Allah apabila berhadapan dengan perkara buruk. Masya Allah ini lebih sesuai dilafazkan ketika kita mendengar atau melihat sesuatu yang baik.

  1.  Nauzubillahiminzalik

Apabila kita melihat perkara-perkara buruk seperti bencana alam atau perbuatan yang tidak berapa baik di depan mata kita, ucapan ini sesuai untuk dilafazkan pada situasi seperti ini.

Lafaz penuh Nauzubillahiminzalik membawa maksud ‘aku berlindung kepada Allah SWT daripada perkara tersebut.’ Walhal, Nauzubillah pula membawa maksud ‘aku berlindung kepada Allah SWT.’

  1.  Alhamdulillah

Maksud Alhamdulillah adalah ‘segala pujian bagi Allah.’ Ucapan Alhamdulillah ini paling sesuai dilafazkan apabila kita sedang menerima sesuatu yang menggembirakan kita untuk menanam rasa syukur dalam hati ini. Walaupun kehidupan anda sukar, ucap juga Alhamdulillah kerana masih lagi diberi peluang untuk hidup dan beramal kepada Allah SWT.

  1. In Shaa Allah

Maksud In Shaa Allah adalah ‘jika diizinkan Allah SWT.’ Lafaz yang cukup popular ini sering diungkapkan apabila kita ingin berjanji untuk melakukan sesuatu. Tetapi dinasihatkan jika hati anda berat untuk melkakukan sesuatu perkara dan memang enggan untuk memnuhi permintaan yang diajukan sejak awal lagi, janganlah berjanji dengan menggunakan lafaz ini. Kerana ia sama seperti mempermainkan peluang dan keizinan Allah SWT.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}