Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Lebih 1.4 Juta Jemaah Haji Laksanakan Wukuf di Padang Arafah Hari Ini

ROSTAM, Mohamad Firdaus
05 Jun 2025, 10:36 AM

lebih 1.4 juta jemaah haji laksanakan wukuf di padang arafah hari iniFoto: AFP

Sekitar 1.4 juta jemaah haji dari seluruh dunia hari ini berkumpul di Padang Arafah bagi melaksanakan ibadah wukuf, yang merupakan antara kemuncak paling penting dalam rukun Islam kelima iaitu merupakan ibadah haji.

Para jemaah mula bergerak ke Arafah sejak awal pagi, dalam suasana cuaca yang amat panas dengan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius. Mereka mengenakan pakaian ihram putih, melambangkan kesucian dan kesamarataan di sisi Allah SWT, sambil berdoa, bermunajat dan memohon keampunan sepanjang hari wukuf yang penuh keberkatan ini.

Wukuf di Arafah adalah syarat sah haji yang mesti dilakukan pada 9 Zulhijjah, dan jemaah akan berada di sana hingga waktu Maghrib sebelum berangkat ke Muzdalifah. Amalan ini mengingati khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW di tempat yang sama lebih 1,400 tahun lalu.

Kerajaan Arab Saudi mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah, terutamanya selepas insiden tahun lalu yang menyaksikan lebih 1,000 kematian dilaporkan akibat gelombang haba melampau. Kali ini, pihak berkuasa menyediakan kemudahan dan sokongan logistik berskala besar termasuk unit kesihatan, pusat bantuan kecemasan dan pasukan keselamatan khas.

Antara usaha signifikan tahun ini ialah penggunaan sistem penyejukan terbesar di dunia, yang digunakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sistem tersebut mempunyai kapasiti mencecah 155,000 tan penyejukan, bertujuan memberikan suasana lebih selesa kepada para jemaah yang terdedah kepada suhu ekstrem sepanjang ibadah mereka.

Selain itu, pelbagai kemudahan moden turut disediakan seperti kemudahan air sejuk percuma, khemah berpendingin udara, dan perkhidmatan perubatan bergerak bagi mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan berkaitan haba.

Arab Saudi menjangkakan jumlah jemaah haji tahun ini melebihi 2 juta orang, dengan hampir 200 negara mengambil bahagian. Suasana di Arafah hari ini menggambarkan semangat kesatuan umat Islam yang berkumpul atas dasar keimanan, tanpa mengira bangsa, warna kulit atau status sosial.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us