Bulan Syawal yang bakal menjelma ini menjadi punca rezeki buat pengusaha capal tradisional ataupun selipar kulit buatan tangan untuk lelaki dalam masyarakat Melayu.
Pengusaha Capal, Badril Shahidan Hashim, pandemik COVID-19 ini memberi kesan kepadanya tetapi permintaan terhadap capalnya kini meningkat sempena sambutan Aidilfitri akan datang.
"Kalau ikutkan, bermulanya pandemik tahun lalu permintaan capal telah jatuh 50 peratus.., (permintaan) yang tinggal ialah pelanggan yang sudah biasa menjadikan capal sebagai kelengkapan harian," katanya.
Pengusaha kelahiran Kepala Batas itu kembali menerima tempahan capal dan kini menerima permintaan kira-kira 1,000 pasang daripada pelanggannya.
"Malah, dalam sehari (bulan Ramadan) saya akan cuba menyiapkan kira-kira 25 pasang capal dengan mengambil masa lebih kurang 20 jam sehari bergantung kepada tahap kerumitan dan jenis sesepasang capal itu sendiri," ujarnya lagi.
Proses jahitan yang menggunakan tangan sepenuhnya merupakan cabaran baginya dalam pembuatan capal.
"Saya juga bergelut dengan masa kerana perlu siapkan tempahan mengikut masa yang ditetapkan pelanggan, dan ada kala saya hanya dapat tidur empat jam sehari bagi memastikan tempahan siap," katanya.
Tambahnya lagi, penggunaan kulit lembu dan kerbau yang diimport menjadikan capalnya istimewa dan Bahrin boleh menyerlahkan bakat seninya dengan melakar corak pada permukaan capal bagi mendapatkan kelainan.
Legasi perniagaan ini diteruskan sejak 1958, kini terdapat empat jenis capal yang dijual pada RM45 hingga RM450 sepasang.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.