Seorang pemuda, Zainul Aqil Misnan sanggup menjual kereta kesayangan demi melepaskan komitmen bulanan yang ditanggungnya untuk menjayakan misi penggembaraan ke Makkah dengan kayuhan secara solo.
Memetik laporan Sinar Harian, pemuda berusia 29 tahun itu melakukan tindakan tersebut bagi memastikan dia tidak terbeban dengan hutang sepanjang misi jelajahnya ke Tanah Suci itu.
“Saya perlukan sehingga RM30,000 untuk menampung perbelanjaan sepanjang lima ke enam bulan misi jelajah ini yang melibatkan kos penginapan, makanan, basikal, kelengkapan serta penggunaan kenderaan awam di negara lain.
“Jadi saya terpaksa jual kereta untuk lepaskan komitmen bulanan yang ada supaya tidak terbeban semasa perjalanan ke luar negara,” katanya.
Dia memulakan misi pengembaraannya dari Banting, Selangor ke Makkah pada 5 Disember lalu untuk menunaikan umrah selepas membaca kisah sekumpulan lelaki yang melakukan kayuhan basikal mengerjakan haji, baru-baru ini.
Selain itu, dia yang merupakan seorang pekerja bebas turut mengakui telah menggunakan hampir keseluruhan wang simpanan bagi menjayakan kayuhan solo itu.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.