Lebih RM 2 juta diperuntukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk membantu 20,000 keluarga Islam yang terkesan akibat COVID-19 terutamanya golongan B40, mereka yang dibuang kerja, dicutikan tanpa gaji, atau mereka yang hilang punca pendapatan.
Menurut Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar memaklumkan MAIS telah mengagihkan sumbangan kepada 15,418 keluarga penerima dengan jumlah RM1.514 juta dari peruntukan agihan fidyah MAIS.
“Sumbangan berupa pek makanan kepada pemohon yang layak, dilaksanakan dengan kerjasama Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (TERAS), Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK), masjid dan surau di daerah yang terlibat,” katanya.
Tambahnya, MAIS berharap agar sumbangan yang diterima dapat membantu mengurangkan beban golongan terkesan yang perlu ditanggung mereka.
“MAIS mengajak semua umat Islam di Selangor yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan memerlukan bekalan makanan asasi untuk menyertai Program Sumbangan Agihan Fidyah MAIS, dengan menghubungi mana-mana Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS,” katanya.
Jika terdapat sebarang masalah dan kemusykilan berkaitan permohonan bantuan agihan fidyah MAIS, pemohon boleh merujuk pegawai urusetia Agihan Fidyah MAIS (AFM) iaitu Ustazah Hafizatul Akmal Abd Jalil di talian 019-264 6277 atau Amirah Addilah Mohd Johari di talian 017-327 2069.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.