Tidak salah jika meraikan perikatan yang sah dan halal di sisi agama islam seperti telah dituntut oleh baginda Nabi Muhammad SAW.
Lebih mengejutkan apabila tuntutan sunnah itu diraikan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Januari 2023.

Seramai 100 pasangan pengantin diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Masjlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, kesemua pasangan pengantin yang diraikan dalam Karnival MAIWP 2023 terdiri dari golongan asnaf fakir, mualaf dan miskin.
Tambahan pula, setiap pasangan pengantin menerima bantuan kewangan berjumlah RM 2000 dan sepersalinan pakaian melalui skim bantuan MAIWP.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.