Buah dan sayur-sayuran
Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk membina kesihatan secara umum dan meningkatkan imunisasi badan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang menyokong sistem imum ialah yang mengandungi vitamin A, C, D, dan zink, antaranya seperti berikut:
- Buah-buahan sitrus
- Tomato
- Beri
- Kiwi
- Lobak merah
- Ubi keledek
- Brokoli
- Lada benggala
- Cendawan

Jika tekak sakit atau gatal, buah-buahan dan sayuran segar tidak boleh di makan dengan mudah, cubalah dicampur dalam smoothie atau masak sup.
Bijiran penuh
Serat prebiotik dalam bijirin penuh menyediakan “makanan” untuk bakteria sihat berkembang dalam sistem pencernaan.
Ia kemungkinan besar kerana bakteria bermanfaat dalam saluran penghadaman mengurangkan keradangan dengan menghalang bakteria berbahaya daripada berkembang, menurut satu kajian diterbitkan dalam Nature Reviews Immunology pada 2016.
Cuba oatmeal dan barli. Kedua-duanya mengandungi serat yang dipanggil beta-glucan yang terkenal dengan sifat anti-radangnya.
Memandangkan kedua-duanya mempunyai tekstur yang licin secara semula jadi, ia tidak sepatutnya memburukkan lagi tekak yang gatal.
Bijirin berserat tinggi yang lain termasuklah quinoa, pasta gandum, roti gandum dan beras perang.
Minuman
Sekiranya ketika dijangkiti Covid-19, anda mengalami demam dan cirit-birit, ia akan menyebabkan mudah mengalami dehidrasi.
Apabila anda sakit, dehidrasi boleh memburukkan lagi gejala seperti keletihan dan sakit kepala. Oleh itu, pastikan anda menyimpan botol air dan minum dengan kerap.
Pilihan lain untuk mereka yang tidak suka rasa air kosong ialah anda boleh minum air yang dipertingkatkan dengan elektrolit atau serbuk elektrolit pada air.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.