Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Inisiatif Makkah Route Tamatkan Operasi, Permudah Perjalanan Haji Lebih 314,000 Jemaah

IDRUS, Husna Najwa
06 Jun 2025, 05:02 PM

inisiatif makkah route tamatkan operasi, permudah perjalanan haji lebih 314,000 jemaah

Foto: Agensi

Musim Haji tahun ini menyaksikan satu lagi pencapaian cemerlang dalam usaha Arab Saudi memperkasa pengalaman jemaah menerusi Inisiatif Makkah Route, yang berjaya menamatkan operasinya dengan penuh gemilang. Inisiatif ini, antara mercu tanda dalam Program Pengalaman Jemaah Haji di bawah Visi Saudi 2030, telah memberi kemudahan kepada lebih 314,000 jemaah Haji dari pelbagai pelosok dunia.

Dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Inisiatif Makkah Route merupakan sebuah pendekatan revolusioner dalam mengurus logistik dan pergerakan jemaah. Tahun ini, ia dilaksanakan di 12 lapangan terbang utama di lapan negara, iaitu Maghribi, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Bangladesh, Turkiye, Côte d'Ivoire dan buat julung kali, Maldives.

inisiatif makkah route tamatkan operasi, permudah perjalanan haji lebih 314,000 jemaah

Foto: Agensi

Apa yang membezakan Inisiatif ini ialah kemampuannya mempermudah urusan pra-perjalanan secara menyeluruh dari pengumpulan data biometrik, pengeluaran visa Haji secara elektronik, hingga ke pemeriksaan imigresen yang dijalankan di negara asal jemaah. Malah, bagasi jemaah turut dikod dan disusun mengikut destinasi akhir mereka, menjadikan proses ketibaan di Arab Saudi lebih lancar dan teratur.

Kesemua 314,337 jemaah yang terlibat berlepas melalui 899 penerbangan khas dari balai pelepasan yang diperuntukkan khusus untuk program ini, mendarat di dua pintu masuk utama Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah.

Bagi ribuan jemaah, kelegaan dapat dirasai sejak dari tanah air lagi sementelah tiada lagi barisan panjang di imigresen, tiada kekeliruan di lapangan terbang dan tiada tekanan terhadap urusan logistik yang sering menjejaskan ketenangan hati menjelang ibadah besar.

Dengan tamatnya operasi musim ini, tumpuan kini beralih kepada penilaian dan penambahbaikan menjelang musim Haji tahun hadapan. Kejayaan yang dicapai pada tahun ini dijangka membuka peluang untuk peluasan program ini ke lebih banyak negara dan lapangan terbang, seterusnya mempermudah laluan spiritual jutaan umat Islam di masa akan datang.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us