Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Malaikat Akan Ada Bersama Manusia Pada 3 Waktu Ini

Salah satu rukun iman adalah percaya kepada Malaikat.
Editor
29 Jan 2021, 01:54 PM

Malaikat adalah makhluk Allah yang diciptakan untuk sentiasa patuh kepadaNya. Bahkan salah satu rukun iman adalah percaya kepada Malaikat. Ada ramai malaikat dan banyak tugas yang dilakukan mereka, namun yang wajib diketahui adalah 10.

Antara tugas mereka yang sering kita dengar ialah menyampaikan wahyu, menurunkan rezeki, mencatat amalan yang dilakukan manusia dan pelbagai lagi.

malaikat akan ada bersama manusia pada 3 waktu ini

Baginda SAW bersabda – “Sesungguhnya, aku melihat apa yang kalian tidak lihat. Aku mendengar sesuatu yang tidak kalian dengar. Langit merintih dan layak baginya untuk merintih. Tidak ada satu ruang selebar 4 jari kecuali di sana ada malaikat yang sedang meletakkan dahinya bersujud kepada Allah.” (Hadis Riwayat Tirmizi, no. 2312)

Ulama mentafsirkan hadis ini menyebut bahawa bilangan malaikat itu sangat ramai dan tidak mampu dikira dengan bilangan jari. Tetapi, menjadi kewajipan kita untuk beriman dengan kewujudan mereka.

Bahkan, seperti yang kita tahu, di kiri dan kanan manusia juga ada malaikat yang sentiasa mencatat amalan baik dan buruk yang dilakukan.

Tahukah anda, ada tiga waktu malaikat sentiasa ada dengan manusia. Waktu-waktu ini ada diterangkan dalam dalil-dalil sahih, iaitu:

malaikat akan ada bersama manusia pada 3 waktu ini

1. Ketika proses penciptaan manusia

وَكَّلَ اللَّهُ بالرَّحِمِ مَلَكًا، فيَقولُأيْ رَبِّ نُطْفَةٌ، أيْ رَبِّ عَلَقَةٌ، أيْ رَبِّ مُضْغَةٌ، فإذا أرادَ اللَّهُ أنْ يَقْضِيَ خَلْقَها، قالَ: أيْ رَبِّ، أذَكَرٌ أمْ أُنْثَى، أشَقِيٌّ أمْ سَعِيدٌ، فَما الرِّزْقُ،

Maksud: “Allah telah mengutus seorang malaikat untuk rahim, lalu ia berkata: “Ya Allah, ini segumpal darah! Ya Allah, ini segumpal daging!” Ketika Allah hendak menyelesaikan ciptaanNya, ia bertanya: “Ya Allah, ini lelaki atau perempuan? Apakah dia orang yang celaka atau bahagia? Bagaimana rezeki? Bagaimana ajalnya?” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6595)

2. Yang menjaga manusia

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّـهِ

Mafhum: “Bagi tiap-tiap seorang, ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.” (Surah Ar-Ra’d, 13:11)

3. Yang mencatat amal manusia

وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ
كِرَامًا كَاتِبِينَ

Mafhum: “Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu).” (Surah Al-Infitar, 8:10-11)

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}