Hubungan sesama insan dan haiwan juga penting dalam kehidupan seorang Muslim.
Selain manusia, haiwan juga makhluk ciptaan Allah SWT yang perlu diambil berat dan harus berbuat baik kepadanya.
Ia juga merupakan salah satu tuntutan agama yang sering diutamakan dalam hidup masyarakat sejak zaman dahulu kala lagi.
Orang yang berbuat baik dan menjaga kebajikan kepada semua haiwan termasuklah juga anjing, dikira sebagai berbuat baik kepada binatang dan mendapat pahala di sisi Allah SWT dan keampunan dariNya.
Jadi, umat Islam juga diseru untuk menjaga keutamaan berbuat baik kepada haiwan kerana ia akan mendoakan kita jua kelak.
Sumber: JAKIM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.