Zaman yang dipengaruhi dengan pelbagai kemajuan teknologi sebenarnya lagi membuka ruang kepada anda untuk melakukan sesuatu.
Namun, jangan disalah guna pula kemajuan tersebut. Ucapkan yang baik-baik supaya yang terbaik akan datang kepada kita semua.
Salah satu perkara yang semua orang boleh lakukan ialah dengan berdoa.
- Disyariatkan Dalam Semua Keadaan
الدعاء للسلطان الواجب الطاعة ، مشروع بكل حال
Maksud: “Mendoakan seseorang penguasa yang wajib ditaati adalah disyariatkan dalam semua keadaan.”
Al-Intishaf, Hasyiyah Al-Kaasyif, 4/105-106
- Doa Termasuk Sebagai Nasihat
إِني لأدعو له [أي السلطان ] بالتسديد والتوفيق – في الليل والنهار – والتأييد وأرى ذلك واجبا عليَّ
Maksud: “Sesungguhnya aku mendoakan dia (iaitu penguasa) dengan kelurusan dan taufiq – siang dan malam. Serta aku memandang itu sebagai perkara yang wajib ke atasku.”
Al-Sunnah Al-khollal, hal. 116
- Salah Satu Sifat Ahli Sunnah Wal Jamaah
إِذا رأيت الرجل يدعو للسلطان بالصلاح ، فاعلم أنه صاحب سنة
Maksud: “Jika engkau melihat seseorang mendoakan kebaikan kepada penguasa, maka ketahuilah bahawa dia adalah ahli sunnah.”
Syarhus Sunnah, hal. 116
- Manfaatnya Kembali Kepada Rakyat
Fudhail bin ‘Iyadh pernah berkata – “Sekiranya aku memiliki doa yang mustajab, maka tidaklah aku mendoakannya kecuali untuk penguasa.”
Beliau kemudian menjelaskan akan maksudnya;
إذا جعلتُها في نفسي لم تَعْدُني.وإِذا جعلتها في السلطان صَلَح فصَلَح بصلاحه العبادُ والبلاد
Maksud: “Jika aku menjadikan doa itu pada diriku, maka aku tidak akan melampau. Sedangkan jika aku menjadikannya untuk penguasa, maka dengan kebaikannya (yang dilakukan penguasa) ia akan berbalik kepada para rakyat dan negeri.”
Syarhu Sunnah, hal. 116-117
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.