Solat jemaah dari segi syarak’ bermaksud menyambungkan solat yang dilakukan dengan mengikut perbuatan imam.
Syiar ini perlu dipertahankan dan ditunaikan oleh umat islam kerana ia merupakan satu wasilah dan cara untuk memupuk mahabbah dan kasih sayang serta semangat tolong menolong antara sesama muslim.
Solat berjemaah juga sunnah muakkadah dan makruh hukumnya jika meninggalkan solat berjemaah.
Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً
Maksudnya: “Solat secara berjemaah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak 27 darjat.”
Riwayat Muslim (1509)
Namun, solat jemaah digalakkan ditunaikan di masjid dan surau tetapi ia tetap mendapat pahala berjemaah berdasarkan hadis.
Ini kerana solat jemaah paling kurang ada seorang imam dan seorang makmum tidak kiralah di mana ia dilakukan.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.