Kari kepala ikan amat popular dalam kalangan masyarakat kita sehingga menjadi rebutan orang ramai. Lagi-lagi kalau dapat bahagian yang paling sedap.
Tapi asyik makan kari yang sama bosan juga! Apa kata cuba resepi kari kepala ikan ala Thai seperti dikongsikan di portal Kuali. Sedap yang tak terhingga, memang mengancam!
Bahan-bahannya:
1 kepala ikan (sebaik-baiknya ikan kerapu)
300 gram keladi dipotong dadu
2 ketul tofu dipotong dadu
70 gram lobak merah dipotong
3 biji cendawan
2 helai kobis cina dipotong
3-4 biji cili padi
4-5 potong halia
2 helai daun bawang, dipotong
4 sudu makan minyak
Bahan (A)
2 sudu makan pes tom yam
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk kari ikan
2 batang serai
3 helai daun limau purut
2 potong lengkuas
500 ml air
Bahan (B)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan gula
Sedikit lada sulah
Sedikit halia cincang
Cara-cara membuatnya:
1. Bersihkan kepala ikan dan gaulkan dengan semua bahan-bahan (B) selama 30 minit.
2. Gorengkan ikan, keladi dan tofu sehingga kekuningan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan-bahan (A) sehingga naik minyak dan bau.
4. Susunkan keladi dalam mangkuk claypot, masukkan kepala ikan, tofu, kobis cina, cendawan, cili, lobak merah dan halia. Kemudian tuangkan bahan-bahan tumis (A) dan air. Tutup periuk dengan penutup claypot.
5. Biarkan semua bahan-bahan itu mendidih selama 10 minit. Jika perlu, perasakan dengan garam dan hiaskan dengan daun bawang.
Sumber: KUALI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.