Atas kebimbangan penularan wabak COVID-19, seluruh pekarangan kompleks dan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis akan ditutup kepada orang awam sepanjang bulan Ramadan.
Menurut Agensi Wakaf Baitulmaqdis yang menjaga lokasi Islam di kawasan berkenaan menyifatkan pengumuman itu sesuatu yang memedihkan.
Majlis tersebut menyatakan langkah berkenaan selari dengan fatwa ulama selain langkah keselamatan kesihatan.
Majlis itu juga mahu umat Islam menunaikan solat di rumah masing-masing untuk menjaga keselamatan.
Bagaimanapun, azan solat fardu akan terus berkumandang seperti biasa selain pekerja di kompleks berkenaan masih dibenarkan bertugas.
Keputusan larangan untuk solat di kompleks itu sudah diumum pada 23 Mac lepas.
Langkah berjaga-jaga COVID di Baitulmaqdis yang menempatkan tempat beribadat untuk agama Yahudi, Kristian dan Islam juga sudah diambil sejak awal lagi.
Israel melaporkan sekurang-kurangnya 140 kematian dan hampir 12,600 kes COVID-19.
Pihak Berkuasa Palestin pula mencatatkan dua kematian dan hampir 400 kes di Tebing Barat yang dijajah dan Semenanjung Gaza.
Semua masjid di Gaza juga ditutup sejak 25 Mac, dan di Tebing Barat sejak 14 Mac.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.