Disebabkan penularan wabak COVID-19, sudah lebih dua bulan tiadanya solat Jumaat dan solat berjemaah, akhirnya umat Islam hari ini dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau.
Bagaimanapun, buat masa ini, hanya 'insan terpilih' yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, masjid dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan solat berjemaah secara berperingkat.
Dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.
Sebelum ini, Perlis telah membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid seluruh negeri itu bermula hari ini yang hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid sementara Selangor dan Perak membenarkan bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang termasuk imam dan khatib.
Kerajaan negeri Melaka pula mengambil keputusan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 29 Mei dengan 40 jemaah dibenarkan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.