Selepas hampir dua bulan tidak menerima kunjungan jemaah, masjid di Tehran dibuka semula buat sementara pada malam Selasa bagi membenarkan orang ramai mengerjakan ibadah sempena bulan Ramadan.
Sebuah masjid di kampus Universiti Tehran menganjurkan solat jemaah bagi menyambut malam Lailatulqadar, iaitu malam istimewa di bulan suci ini.
Sebaik memasuki kampus tersebut, sekumpulan pelajar jurusan perubatan mengambil langkah keselamatan dengan memberi cecair pembasmi kuman kepada para jemaah dan mengedarkan topeng penutup hidung dan mulut.
Para jemaah juga perlu diperiksa suhu badan mereka terlebih dahulu sebagai langkah berjaga-jaga.
Penjarakan sosial turut dipraktikkan ketika mengerjakan solat dengan menandakan lantai masjid.
Dalam kesempatan itu, ada juga beberapa keluarga lain tidak masuk ke masjid dan duduk di luar kampus dan mendengar doa melalui pembesar suara.
Pada pertengahan Mac lalu, pihak berkuasa Iran menutup masjid dan tempat ibadah untuk mengekang penularan COVID-19.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.