Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Masjid Di Seluruh Arab Saudi Dibuka Semula Selepas Lebih Dua Bulan

Arab Saudi berada di bawah fasa melonggarkan sekatan secara berperingkat.
Editor
01 Jun 2020, 08:14 PM

Arab Saudi berada di bawah fasa melonggarkan sekatan secara berperingkat disebabkan keadaan pandemik COVID-19.

masjid di seluruh arab saudi dibuka semula selepas lebih dua bulan

Namun, berita gembira telah dilaporkan. Masjid di seluruh Arab Saudi termasuk Masjid Nabawi di Madinaj sudah dibuka semula pada Ahad.

Menurut laporan media antarabangsa, selepas lebih dua bulan masjid ditutup. Akhirnya, jemaah dibenarkan memasuki masjid untuk solat Subuh pada hari Ahad, kecuali masjid yang terletak di kota suci Mekah.

Bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, hanya 40 orang dibenarkan berjemaah dalam satu masa.

Agensi berita rasmi SPA berkongsikan beberapa gambar jemaah sedang menunaikan solat.

masjid di seluruh arab saudi dibuka semula selepas lebih dua bulan

masjid di seluruh arab saudi dibuka semula selepas lebih dua bulan

masjid di seluruh arab saudi dibuka semula selepas lebih dua bulan

Pihak berkuasa Arab Saudi juga menyatakan, berjuta-juta mesej teks dihantar kepada orang awam, memaklumkan mengenai peraturan baru bersolat di masjid.

Peraturan itu termasuk menjaga penjarakan sosial sebanyak dua meter antara jemaah semasa solat, memakai topeng muka setiap masa dan tidak bersalam atau berpeluk sesama jemaah.

“Sangat indah apabila dapat merasai kebesaran Allah sekali lagi, dan menyeru umat Islam supaya mendirikan solat di masjid, bukan lagi di rumah,” kata Abdulmajeed al-Mohaisen kepada Reuters.

Beliau merupakan muazzin di Masjid Al-Rajhi, salah sebuah masjid terbesar di Riyadh.

“Air mata saya berlinangan apabila masuk ke masjid dan apabila saya mendengar laungan azan.

“Syukur kepada Allah atas rahmat ini, kita dapat kembali semula ke masjid untuk bersolat,” kata Maamoun Bashir, rakyat Syria yang menetap di Riyadh.

Sebelum ini, Arab Saudi menangguhkan solat jemaah di masjid di seluruh negara pada Mac lalu sebagai salah satu cara membendung penularan COVID-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis juga dibuka kepada para jemaah bermula waktu solat Subuh pada Ahad.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us