Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Masjid Hadhari Jadi Saksi Korban Tragedi Pelajar UPSI, Solat Jenazah Paling Ramai Sejak Mula Dibina 16 Tahun Lalu

ROSTAM, Mohamad Firdaus
10 Jun 2025, 11:54 AM

masjid hadhari jadi saksi korban tragedi pelajar upsi, solat jenazah paling ramai sejak mula dibina 16 tahun laluFoto: Bernama

Masjid Hadhari, yang menjadi mercu tanda Islam di Jerteh, Terengganu, mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi lokasi solat jenazah paling ramai sejak ia mula dibina 16 tahun lalu.

Awal pagi tadi, seramai 14 jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas ngeri di Jalan Raya Timur-Barat, Gerik, disembahyangkan dalam suasana penuh pilu dan hiba.

Jenazah tiba di pekarangan masjid kira-kira jam 3 pagi dalam beberapa van jenazah yang diiringi oleh ahli keluarga serta pengiring dari pihak universiti dan pasukan keselamatan.

Suasana hening menyelubungi kawasan masjid yang diterangi lampu-lampu suram, seiring dengan wajah-wajah sugul ahli keluarga dan para jemaah yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir.

Solat jenazah tersebut diimamkan oleh Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi. Ribuan jemaah, termasuk penduduk tempatan, ahli jawatankuasa masjid, sukarelawan, dan kenalan mangsa dari pelbagai daerah, memenuhi ruang solat utama serta kawasan luar masjid.

masjid hadhari jadi saksi korban tragedi pelajar upsi, solat jenazah paling ramai sejak mula dibina 16 tahun laluFoto: Bernama

Ramai yang hadir walaupun pada waktu dinihari, menunjukkan keprihatinan luar biasa masyarakat terhadap tragedi yang menyayat hati ini.

Ahli Jawatankuasa Masjid Hadhari, Mohd Noor Ibrahim, memaklumkan bahawa ini adalah kali pertama masjid tersebut menerima jumlah jenazah yang begitu ramai dalam satu masa.

Menurut beliau, walaupun dalam tempoh singkat dan suasana pilu, segala persiapan telah dilakukan dengan rapi, dibantu oleh semangat kerjasama luar biasa daripada sukarelawan dan penduduk kampung.

“Orang ramai datang dari segenap pelusuk. Walaupun ramai tak saling mengenali, masing-masing bantu tanpa diminta. Ada yang bantu angkat jenazah, ada yang urus saf solat, ada yang sediakan keperluan ahli keluarga mangsa,” katanya.

Kesemua jenazah kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan yang telah ditetapkan mengikut permintaan keluarga, manakala beberapa lagi dijangka disolatkan di kampung halaman masing-masing. Menurut pihak polis, pengurusan jenazah selebihnya akan diteruskan seiring ketibaan mereka dari Hospital Gerik.

Tragedi yang meragut 15 nyawa pelajar UPSI itu telah mengejutkan seluruh negara dan mencetuskan gelombang simpati dari pelbagai pihak. Kejadian berlaku apabila bas yang membawa pelajar terbabit terbabas dan merempuh sebuah MPV sebelum terbalik, menyebabkan kematian serta puluhan kecederaan.

Kehadiran ribuan orang di Masjid Hadhari bukan sahaja sebagai satu penghormatan terakhir kepada mangsa, malah menggambarkan betapa kuatnya semangat kebersamaan dan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi musibah besar seperti ini.

Sumber: Bernama

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us