Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Mat Kilau Terima Kutipan RM80 Juta Dalam Masa 25 Hari

Filem blockbuster epik arahan Syamsul Yusof berpotensi capai kutipan melebihi RM 100 juta
22 Jul 2022, 09:57 AM

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Mungkin itu adalah pepatah yang tepat bagi menggambarkan kejayaan filem 'Mat Kilau' arahan Syamsul Yusof ketika ini. Manakan tidak? Jika dahulu bapanya, Datuk Yusof Haslam digelar sebagai "Six Million Dollar Man" lantaran kejayaan filem Sembilu 2, Syamsul Yusof kini diambang sejarah baharu industri perfileman Malaysia.

mat kilau terima kutipan rm80 juta dalam masa 25 hari

Buat masa ini, masih belum ada catatan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh Syamsul Yusof mengenai jumlah sebenar kutipan filem Mat Kilau'. Namun, adalah selamat untuk menganggarkan bahawa jumlah kutipan akan terus bertambah. Tambahan lagi, 'Mat Kilau' bakal memasuki minggu ke-empat untuk tayangan di pawagam.

 

 

mat kilau terima kutipan rm80 juta dalam masa 25 hari

Memetik hantaran Syamsul Yusof di laman Instagram, beliau menzahirkan rasa syukur dengan kejayaan filem Mat Kilau dan sokongan hangat yang diterima dari rakyat Malaysia. 

"Allah lah yang telah gerakkan hati kalian untuk membeli tiket tonton filem ini! Sujud syukur! #matkilau"

Beliau juga menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk penggiat seni dan filem tanahair untuk mengambil kesempatan ini dan menghasilkan karya yang lebih bermutu di masa hadapan.

"Insya-Allah, saya akan terus fokus dan sedaya-upaya bawa industri filem Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik walau terlalu banyak kelemahan dalam industri filem Malaysia."

"Kelemahan ini lah yang telah membunuh industri dan pengkarya filem!"

"FINAS, orang filem dan kerajaan, ayuhlah bangkit baiki kelemahan industri filem. Ayuh ikhlas dalam perjuangan ini" ujar beliau

Tambahan lagi, Syamsul Yusof juga berlapang dada dalam menerima komen negatif mengenai filem arahannya. Beliau berpendapat bahawa tiada filem yang benar benar sempurna.

 

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us