Pada hujung minggu yang lalu, kita menyambut sambutan Maulidurrasul iaitu tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Keraian disambut dengan perarakan dan majlis-majlis keramaian di seluruh pelusuk negara. Tular di laman sosial tentang perarakan Maulidurrasul yang tidak hanya dihadiri oleh bangsa Melayu dan penganut agama Islam sahaja!
Bersesuaian dengan tema tahun 2019 iaitu “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera”, perarakan Maulidurrasul peringkat negeri Sarawak ini dihadiri oleh rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Hal ini memeriahkan lagi keraian yang sangat indah bagi umat Islam ini.
Ini adalah lambang keharmonian negara yang jelas dan nyata. Bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana memberkati negara Malaysia dengan keamanan dan rakyat yang saling menghormati antara satu sama lain.
Sumber: Facebook, Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.