Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

[VIDEO] Banjir Bandang Meragut Nyawa, Anak Temui Jasad Kaku Ibu Masih Bertelekung

IDRUS, Husna Najwa
03 Dec 2025, 11:25 AM

[video] banjir bandang meragut nyawa, anak temui jasad kaku ibu masih bertelekung

Foto: BBC Indonesia

Kisah pilu seorang anak, Erik Andesra, menjadi perhatian ramai selepas bencana banjir bandang melanda kawasan Palembayan, Daerah Agam pada 27 November lalu. Dalam tragedi yang meragut nyawa ibunya serta beberapa ahli keluarga lain, Erik berkongsi pengalaman pilu ketika mencari orang tersayang yang hilang.

“Mama saya meninggal dalam keadaan solat. Mayatnya ditemui masih memakai telekung” kata Erik.

Erik menceritakan, sebelum bencana itu berlaku, dia bercadang untuk pergi bekerja ke daerah Pasaman. Namun ibunya, Ernita (58), tidak membenarkannya kerana cuaca sering hujan. Malangnya, pada 27 November, hujan lebat membawa bencana banjir bandang yang melanda rumah ibunya.

 

 

“Sampai di persimpangan, saya lihat air dan lumpur sudah menenggelami kawasan itu. Batu-batu besar juga berada di aliran sungai. Rumah mama langsung tidak kelihatan,” katanya.

Tragedi itu bukan sahaja meragut nyawa ibunya, tetapi juga adik dan tiga keponakannya dilaporkan hilang. Keesokan harinya, salah seorang keponakannya ditemui dalam kantung jenazah kira-kira tujuh kilometer dari rumah.

Pencarian ibunya semakin sukar kerana kawasan Jorong Subarang Aie, Nagari Salareh Aie Timur, terasing dan sukar diakses. Keadaan lumpur tebal dan hujan lebat menyukarkan pergerakan. Sepupu Erik, Darul, berusaha menyalurkan bantuan makanan ke keluarga yang terperangkap di sana.

Untuk memudahkan akses, penduduk setempat membina jambatan sementara daripada batang pokok pinang, dibantu pihak polis dengan tali sebagai pegangan.

Kerana pencarian ibunya tidak membuahkan hasil, Erik mengambil langkah drastik dengan menyewa jengkaut membersihkan sisa rumah ibunya. Bersama operator, dia menelusuri runtuhan dengan berhati-hati. Akhirnya, jasad Ernita ditemui masih berada di bawah timbusan, masih bertelekung.

“Jasad mama tiada luka, kaki masih boleh diluruskan, dan saya dapat melipat tangannya seperti sewajarnya,” kata Erik dengan pilu.

Jenazah Ernita dibawa ke surau berjarak kira-kira satu kilometer dari lokasi untuk dikebumikan di tanah perkuburan keluarga. Berbeza dengan jenazah lain yang perlu melalui proses pengenalan di pusat pengumpulan, Ernita dimakamkan terus oleh keluarga.

Sumber: BBC Indonesia

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us