Hubungan menjadi lebih manis apabila sudah sah menjadi suami isteri. Namun, cabaran yang bakal diharungi jauh lebih mencabarkan berbanding zaman bercinta dahulu. Persediaan mental dan fizikal harrus diambil kira sebelum melangkah masuk ke alam perkahwinan.

Setiap pasangan mempunyai cabaran dan masalah tersendiri pada peringkat awal perkahwinan. Perselisihan faham dan pergaduhan antara pasangan suami isteri akan sering berlaku, dan ia akan menjadi cabaran utama buat pengantin baru. Namun, ada cara untuk mengatasi cabaran-cabaran berikut.
- Berkomunikasi dengan lebih baik
Bersembang dan berbincang dengan pasangan anda tentang perkara yang membimbangkan anda. Berceritalah kepada pasangan anda sekali perkara kecil mahupun besar supaya dapat mengeratkan lagi hubungan anda sebagai suami isteri.
- Ingat pada keluarga dan rakan-rakan
Walaupun sudah berumah tangga, jangan lupa akan ibu bapa masing-masing. Luangkan masa untuk bersosial dengan rakan-rakan anda.
- Jimat duit
Apabila melangkah ke alam perkahwinan, kos perbelanjaan akan makin bertambah jadi bincanglah dengan pasangan anda dan lakukan perancangan yang lebih lanjut.
- Tunggu untuk mendapat zuriat
Kalau boleh, sesuaikan diri dengan kehidupan sebagai suami isteri dahulu sebelum membina keluarga.
Sumber: Website
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.