Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Mengumpat Yang Dibenarkan Dengan Tujuan Sahih

Biasalah manusia ada sahaja ingin mengata tentang orang lain, tapi bukankah lebih baik untuk menjaga aib masing-masing.
Editor
21 Jun 2020, 02:00 PM

mengumpat yang dibenarkan

Menjaga kemuliaan seseorang amatlah penting lagi-lagi kawan dan keluarga yang rapat. Tapi biasa lah. Mengumpat atau bercakap tentang seseorang itu menjadi perkara yang biasa dalam masyarakat zaman sekarang.

Definisi mengumpat adalah seperti yang diberikan oleh Rasulullah SAW:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ

Maknanya: “Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya. Nabi SAW bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya.”

Riwayat Muslim (2589)

Menurut pandangan Imam al-Nawawi, ada mengumpat yang dibenarkan dengan tujuan yang sahih dan syari’. Terdapat enam jenis iaitu,

  • Membuat aduan apabila dizalimi kepada sultan atau hakim.
  • Membantu dalam menentang perkara yang munkar dengan tujuan mengembalikan pelaku maksiat ke jalan yang benar.
  • Menceritakan kepada mufti bagi tujuan fatwa.
  • Mencegah umat Islam daripada sesuatu keburukan serta menasihati mereka seperti mereka mengambil ilmu daripada bukan ahlinya.
  • Menceritakan perihal orang yang melakukan dosa secara terang-terangan.
  • Menyebut sesuatu sifat yang telah makruf (diketahui) kepada diri seseorang itu seperti bisu atau buta dan sebagainya. Akan tetapi, jika mampu memanggilnya dengan panggilan yang lain adalah lebih baik dan haram memanggil panggilan-panggilan tersebut dengan niat menghina.

Mengumpat adalah satu perbuatan yang haram dilakukan melainkan dengan sebab-sebab yang diizinkan syara’. Jadi, kita hendaklah menjaga kata dan lisan terutama sekali tentang seseorang yang rapat dengan kita. Jagalah aib masing-masing.

Sumber: Mufti Wilayah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}