Manusia suka akan kecantikan tidak kitralah dari segi pakaian, solekan mahupun kecantikan rumah sendiri. Jadi tak mustahil jika kita akan melakukan apa sahaja untuk melihat cantik.
Tapi mestilah ada batas dalam mengekalkan kecantikan, menghias diri yang berlebihan boleh mencapai tahap tabarruj itu yang tidak diingini oleh ramai orang. Menghias diri dengan menindik telinga untuk memakai anting-anting.
Jumhur ulama berpendapat harus hukum menindik bayi perempuan dengan tujuan perhiasan. Ini kerana kebanyakan para wanita di zaman Nabi SAW menindik telinga mereka dan Baginda SAW tidak melarangnya. Ini seperti yang digambarkan di dalam hadis Ibnu Abbas RA. (Rujuk: Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah: 11/272)
Manakala menindik telinga melebihi daripada satu tempat tidak diharuskan kerana menyerupai amalan golongan kafir. Selain itu, ada juga yang menindik di bahagian tubuh yang lain seperti hidung, pusat, lidah dan bibir.
Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ash sabda Baginda SAW,
كُلُوا وَاشْرَبُوا وَتَصَدَّقُوا وَالْبَسُوا مَا لَمْ يُخَالِطْهُ إِسْرَافٌ أَوْ مَخِيلَةٌ
Maksudnya: Makan dan minumlah, bersedekah dan berpakaianlah tanpa ada unsur berlebihan atau sia-sia. (Rujuk: Sunan Ibnu Majah, no. 3605)
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.