Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Dikirakan Sebagai Mati Syahid Ke? Kalau Meninggal Ketika Mencari Nafkah Untuk Keluarga

Apabila bercakap mengenai mati syahid, pasti ramai yang menginginkannya.
Editor
07 Jan 2021, 12:30 PM

Siapa yang tidak mahu pengakhiran hidup yang baik, tanyalah sesiapa sahaja sudah tentu mereka ingin meninggal dalam keadaan yang baik. Apabila bercakap mengenai mati syahid, pasti ramai yang menginginkannya kerana ia termasuk dalam salah satu kategori mati yang baik, iaitu Husnul Khatimah.

Secara umumnya, ramai mengetahui mati syahid bukanlah hanya berfokus kepada mati ketika dalam perang untuk menegakkan agama Islam sahaja. Namun, mati syahid ialah apabila seseorang itu meninggal ketika hendak memperjuangkan sesuatu kebaikan.

dikirakan sebagai mati syahid ke? kalau meninggal ketika mencari nafkah untuk keluarga

Seperti seorang ibu yang meninggal ketika melahirkan anak ataupun orang yang meninggal dengan sebab lemas dan sebagainya sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis sahih mengenai lima kematian yang dianggap sebagai syahid.

“Terdapat lima jenis kematian yang dianggap syahid, iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.” (HR Bukhari, no. 652) 

Menurut Imam Nawawi, lima jenis kematian ini dianggap syahid kerana kematian mereka tidak sama dengan kematian biasa. Ia juga bermaksud kerana seksaan yang mereka alami adalah lebih sakit berbanding dengan sakit yang lain, disebabkan itu mereka telah diberi syahid akhirat. 

dikirakan sebagai mati syahid ke? kalau meninggal ketika mencari nafkah untuk keluarga

Syahid akhirat di sini membawa maksud mereka yang syahid bukan di medan perang. Mereka juga dikurniakan dengan pahala dan ganjaran sebagai orang yang syahid di akhirat tetapi ganjarannya tidak sama dengan golongan yang syahid di dunia, iaitu orang yang syahid di medan perang.

Jadi, jenazahnya perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan seperti biasa sebagaimana jenazah lain. (Syarah Nawawi, ‘ala Muslim, 2/164)

Syahid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

1. Syahid dunia dan akhirat bermaksud orang yang syahid dalam peperangan atau ketika menegakkan syiar Islam dengan niat untuk mendapatkan reda Allah semata-mata.

2. Syahid dunia pula ialah mereka yang meninggal ketika dalam peperangan tetapi menghalangnya daripada mendapat syahid akhirat kerana tujuannya yang salah seperti berniat perang untuk mendapat harta rampasan atau nama sahaja.

3. Syahid akhirat ialah syahid yang terjadi bukanlah di medan perang tetapi yang disebutkan dalam hadis di atas.

Bagaimana pula dengan mereka yang meninggal ketika menuju ke tempat kerja dengan meniatkan untuk mencari nafkah kepada ahli keluarganya?

dikirakan sebagai mati syahid ke? kalau meninggal ketika mencari nafkah untuk keluarga

Melihat kepada penerangan daripada Mufti Wilayah, orang yang meninggal kerana mencari nafkah juga tergolong dalam orang yang mendapat ganjaran syahid akhirat.

Ini kerena, keluar untuk mencari rezeki adalah termasuk dalam perbuatan amal soleh yang dituntut oleh agama dan ia termasuk dalam husnul khatimah, iaitu kematian yang baik.

Walaupun ada sebahagian ulama yang menyebut bahawa ia bukan tergolong dalam syahid, namun ia termasuk dalam husnul khatimah kerana perbuatannya yang mulia untuk mencari nafkah kepada keluarga sendiri.

dikirakan sebagai mati syahid ke? kalau meninggal ketika mencari nafkah untuk keluarga

Syeikh Abd Rahman al-‘Asimi – “Di antara golongan yang mendapat syahid akhirat ialah orang yang mati ketika sedang menuntut ilmu sama ada melalui penulisan, pengajaran atau menghadiri majlis ilmu. Dan Imam Al-Ahjuri mengatakan bilangannya sehingga 30 golongan, dan di antaranya juga orang yang keluar mencari nafkah untuk orang yang di bawah tanggungannya.” (Hasyiyah al-Raudh al-Murabba’, 3/55)

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us