Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock mengucapkan terima kasih kepada umat Islam kerana terus melakukan penjarakan sosial selama bulan Ramadan, yang bermula hari ini.
Beliau berkata bahawa dia menyedari betapa sukarnya keadaan pada ketika ini terutama sekali dengan kita memasuki bulan Ramadhan - bulan yang sangat istimewa bagi ramai orang.
“Ramadan kali ini ramai umat Islam yang berjuang untuk negara mereka di National Health Service (NHS), angkatan tentera dan dalam banyak cara lain yang tidak dapat mereka meraikan kegembiraan bulan ini sepertimana yang mereka biasa lakukan.
“Saya ingin mengucapkan kepada semua umat Islam di Britain: terima kasih kerana tinggal di rumah.
“Saya tahu betapa pentingnya Iftar setiap hari, betapa pentingnya solat tarawih berjemaah di waktu malam dan betapa pentingnya perayaan Aidilfitri.
"Terima kasih kerana membuat perubahan besar pada waktu penting ini dan saya ingin mengucapkan kepada anda semua, Ramadan Mubarak dan terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda."
Ucapan tersebut berlaku selepas Majlis Muslim Britain mengeluarkan panduan bagi umat Islam tentang cara mempraktikkan ibadah mereka pada bulan Ramadan ketika perintah berkurung.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Metro.UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.