Pastinya pelbagai saranan dan petua orang tua mengenai pemakanan harian khusus berkenaan makanan berpantang.
Malah, ada sesetengah ibu bapa yang tidak galak minum ais ketika pantang kerana ia boleh beri kesan buruk kepada kesihatan.
Menurut laporan Hello Doktor, orang ramai jangan terlalu percaya akan mitos minum ais ini.
Berikut beberapa mitos popular jika minum ais;
#1 - Mitos perut buncit berpunca daripada minum ais
Punca lemak yang terbentuk di abdomen adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan tidak seimbang, bukannya disebabkan oleh air batu.
#2 - Ais buatkan anda jadi cepat tua?
Ais sama sekali tidak membuatkan diri anda menjadi cepat tua.
Kesihatan seseorang itu boleh terjejas bukanlah disebabkan pengambilan minuman berais.
Jadi, hentikan daripada menyebar mitos sebegini yang boleh menimbulkan berita tidak sahih tersebar dengan cepat.
Sumber: Hello Doktor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.