In Vitro Fertilization atau IVF antara kaedah yang digunakan untuk mendapatkan zuriat. Ramai selebriti yang telah menggunakan cara ini dan ternyata berjaya. Antaranya, penyanyi nombor 1 negara, Siti Nurhaliza.
Tahun lepas, penyanyi yang kini sudah berhijrah, Mizz Nina, ada memuat naik satu video perjalanannya melakukan proses ini. Walaupun masih belum mempunyai rezeki, namun Mizz Nina menunjukkan kita jangan berhenti berusaha selagi tidak berjaya.
Malah, Mizz Nina juga wajar dijadikan tauladan kerana beliau sering menunjukkan sikap ‘jika anda tidak berjaya, jangan bersangka buruk pada Allah swt dan teruskan berdoa.’
Jadi, ikuti perjalanan hidup Mizz Nina di laman youtube nya.
Sumber:Youtube officialmizznina
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.