Seorang mualaf wanita, Pheemthana Shinawat berkongsi kisah penghijrahannya apabila memeluk Islam beberapa bulan lalu.
Pheemthana telah menetap di Malaysia hampir 10 tahun atas tuntutan kerja tetap mengakui sungguh besar ujian yang dihadapinya apabila mempelajari agama Islam itu sendiri.
Menerusi temubual bersama ZAYAN, Pheemthana mengambil masa tiga tahun untuk belajar agama Islam termasuk memahami makna kitab suci Al-Quran sebelum membuat keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah.
“Saya ambil masa tiga tahun untuk belajar apa itu Islam, siapa itu Allah SWT dan apa yang istimewa akan agama ini,” katanya.
Wanita kelahiran Thailand ini juga meluahkan rasa sebak apabila ibu bapanya berang serta tidak menerima keputusannya untuk memeluk Islam.
“Saya sangat sedih, ibu bapa saya kini sudah tahu saya sudah memeluk Islam, mereka sangat marah dan tidak mahu mengakui saya anak mereka lagi,” ujarnya ketika temubual bersama ZAYAN.
Pheemthana berdoa untuk terus kuat dan terus istiqamah dalam menegakkan agama Islam dan menjadi seorang Muslim yang sejati dan diberkati oleh Allah SWT.
Saksikan temubual penuh secara eksklusif di Facebook dan YouTube rasmi ZAYAN.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.