Pernahkah anda mengalami keadaan bila mana anda mulai hilang minat terhadap segala aktiviti yang pernah membuatkan anda gembira dan seronok?
Jika YA, ia mungkin petanda anda mengalami kemurungan.
Memetik hantaran oleh Public Health Malaysia, keadaan hilang minat terhadap aktiviti yang pernah menggembirakan sebelum ini dikenali juga sebagai 'anhedonia'.
Anhedonia merupakan salah satu gejala utama Major Depression Disorder (MDD). Ia akan membuatkan seseorang itu juga merasa sedih dan tidak bahagia, seterusnya menyebabkan depresi.
Selain muncul kepada mereka yang depresi, anhedinoa juga sering terjadi kepada pesakit mental yang lain seperti schizofrenia, psikosis, serta anoreksia.
Umumnya terdapat dua jenis anhedonia yang sering terjadi iaitu anhedonia sosial dan anhedonia fizikal. Anhedonia sosial menyebabkan seseorang tidak suka meluangkan masa dengan orang lain, manakala anhedonia fizikal pula menyebabkan seseorang itu hilang sensasi atau deria sentuhan seperti pelukan atau ciuman.
Jika anda atau kenalan anda mempunyai ciri-ciri atau petanda anhedonia, segera dapatkan bantuan atau rujuk kepada pakar di hospital.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.