Terdiri daripada graduan dari Universiti Malaya, Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida, mereka berjaya buktikan kemampuan bakat suara mereka apabila terpilih untuk ke Grand Final Asia Got Talent 3.
Kumpulan NAMA telah menjadi perhatian sebelum ini apabila menjadi wakil Malaysia yang menjejakkan kaki ke pentas Asia Got Talent. Kumpulan ini telah ke pusingan seterusnya apabila berjaya memikat hati Anggun dan Jay Park, serta penonton di studio dan di rumah.
Kini, NAMA menjadi salah satu daripada pilihan juri untuk ke Grand Final, bersama 7 kumpulan dan peserta yang lain daripada negara berbeza. Mereka yang lain ialah Power Duo (Filipina), Sudhir.R (India), TK Jiang (Singapura), HK Sisters (Filipina), Yang Shih Hao (Taiwan), Frans Sisir (Indonesia), dan Hanoi Xgirls (Vietnam).
Good luck NAMA !
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.