Dalam mengejar keberkatan bulan Ramadan, seluruh umat Islam berusaha memanfaatkan waktu lapang dengan melakukan perkara baik dan amalan mulia. Tidak terkecuali usahawan dan pengacara Neelofa yang berkongsi rutin hariannya sepanjang Ramadan yang penuh dengan amal ibadah serta menguruskan keluarganya.

Foto: Instagram
Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia memulakan rutin harian dengan solat sunat seawal 4.30 pagi sebelum bersahur dengan sederhana bersama suami, Haris Ismail.
“Saya bangun 4.30 pagi, ambil air sembahyang dan solat dahulu. Kemudian bersahur dengan kurma serta air 500 ml. Saya makan madu juga.
“Sepuluh minit sebelum azan, saya kejut Haris dan suapkan dia kurma. Selepas itu saya bersiap untuk solat, dia pula akan ke masjid,” katanya menerusi siaran langsung Tiktok baru-baru ini.
Tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, Neelofa, 36, turut mendedahkan bahawa dia akan memperuntukkan masa selama empat jam sehari untuk membaca al-Quran.
“Setelah itu saya akan membaca al-Quran selama empat jam sehari. Pada pukul 11 pagi atau 12 tengah hari pula saya tidur sekejap.
“Kemudian saya akan ke dapur siapkan makanan anak-anak. Selesai solat Zuhur, saya baca lagi,” jelasnya.
Bekas pengacara Meletop itu akan mula menyediakan juadah berbuka pada sebelah petangnya.
“Buat air jus, goreng karipap, potong bahan masakan. Tapi setakat ini baru sekali saya masak sebab mama hantar makanan hari-hari.
“Bilal pun akan suruh saya membaca al-Quran, jadi saya selang-selikan aktiviti dengan anak-anak,” ujarnya.
Disiplin Neelofa dalam menjalani kehidupan seharian sepanjang bulan Ramadan mendapat banyak respon positif daripada netizen.

Foto: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.