Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Neelofa Berazam Kuasai Bahasa Arab Demi Fahami al-Quran Sepenuhnya

ROSTAM, Mohamad Firdaus
25 Jun 2025, 04:07 PM

neelofa berazam kuasai bahasa arab demi fahami al-quran sepenuhnya

Foto: Instagram

Usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor, meluahkan rasa terkejut dan syukur apabila berjaya mencapai kemajuan yang ketara dalam pembelajaran bahasa Arab sehingga mampu menyelesaikan 10 topik utama dalam buku pertamanya.

Menurut Neelofa, meskipun perjalanan untuk menguasai bahasa itu masih panjang, dia tidak menyangka akan sampai ke tahap tersebut, apatah lagi selepas beberapa kali percubaan terdahulu tidak berhasil.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Neelofa memanjatkan doa agar Allah SWT terus melapangkan dadanya dan memancarkan cahaya ilmu agar beliau dapat memahami dan menguasai bahasa al-Quran dengan lebih mendalam.

“Sekarang dah sampai bab 10 dalam buku pertama. Panjang lagi perjalanan, tapi saya sendiri tak percaya boleh sampai ke tahap ini. Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan beri kefahaman untuk kuasai bahasa ini.

“Semua ini milik Allah. Moga Allah pinjamkan kefahaman ini sepenuhnya suatu hari nanti, insya-Allah,” kata Neelofa penuh harapan.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengakui bahawa beliau pernah mengikuti kelas bahasa Arab sebelum ini, namun terpaksa berhenti di pertengahan jalan kerana kesukaran dan komitmen lain.

Namun, keinginan untuk memahami al-Quran secara menyeluruh terus membara dalam dirinya. Beliau menyatakan hasrat untuk dapat membaca al-Quran seperti membaca sebuah buku cerita, selain bercita-cita untuk memahami hadis-hadis dan mampu berkomunikasi dalam bahasa Arab ketika berada di Tanah Suci.

“Macam mimpi yang jadi kenyataan. Dari dulu saya selalu berdoa untuk kuasai bahasa Arab, nak baca al-Quran dan faham maksudnya macam baca buku cerita.

“Saya juga mahu belajar banyak hadis dan boleh bertutur bila berada di Tanah Suci, tapi saya tak tahu bagaimana nak mulakan. Dah cuba banyak kali ambil kelas, tapi tak berjaya sebab susah, mindset sendiri dan juga faktor kesibukan,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun harapan untuk menguasai bahasa Arab itu kelihatan tipis suatu ketika dahulu, beliau tetap tidak berhenti berdoa, terutama pada waktu-waktu yang mustajab, dengan keyakinan bahawa Allah akan mendengar permintaan hatinya.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us