Rokiah Arshad tidak malu untuk belajar sehingga berjaya khatam al-Quran biarpun sudah lanjut usia dan mengalami masalah penglihatan.
Mesra disapa Rokiah, dia menyertai program Jom Celik Al-Quran anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ), yang diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan seramai 120 peserta.

Biarpun baru berusia 72 tahun, Rokiah akui program tersebut banyak membantunya mempelajari ilmu agama serta memperbaiki teknik membaca kitab suci itu.

Nenek kepada 13 cucu ini terpaksa menggunakan kanta pembesar akibat masalah selaput mata yang mengehadkan penglihatannya.
"Nenek sangat seronok, bertuah dapat khatam al-Quran hari ini dan tidak ada rasa segan dalam usia begini untuk terus mencari ilmu dan membaca al-Quran.
"Memang perlu guna kanta pembesar setiap kali membaca (al-Quran), tapi tidaklah terlalu sukar... cikgu yang mengajar banyak membantu nenek," katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.