Jika kita berniat untuk melakukan kebaikan, Allah akan mengganjarkan satu pahala dan jika kita melaksanakan perbuatan tersebut, Allah akan mengganjarkan sepuluh lagi kebaikan kepada si pelakunya.
Tapi jika seseorang itu meniatkan kejahatan, malaikat pencatat amal tidak akan mencatatkan dosa baginya selagi mana seseorang itu tidak melakukannya.
Namun jika orang itu tidak melakukan dosa tersebut, menurut jumhur ulama seperti Imam Nawawi menyebutkan bahawa, Allah akan memberi kemaafan ke atas seseorang yang berniat kejahatan tetapi tidak melakukannya. Tetapi ada sebahagian jumhur ulama lain menyebut pula bahawa Allah akan mencatatkan pahala ke atasnya jika kejahatan itu tidak berjaya dilaksanakan.
إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي مَا حَدَّثَتْ بِهِ أَنْفُسَهَا، مَا لَمْ تَعْمَلْ أَوْ تَتَكَلَّمْ
Maksud: “Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ke atas apa yang terlintas di dalam dirinya selama dia tidak melakukannya atau bercakap tentangnya.”
Hadis Riwayat Bukhari (5269)
Justeru, jika niat untuk melakukan kejahatan itu tidak berjaya dilaksanakan, maka Allah akan memberi kemaafan dan mencatatkan pahala kepadanya.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.