Dugaan dan ujian akan selalu dihadapi oleh setiap manusia. Nora Ariffin diuji dengan kehilangan dua insan yang amat disayanginya, suami dan anak tercinta.
Dugaan dan ujian akan selalu dihadapi oleh setiap manusia. Nora Ariffin diuji dengan kehilangan dua insan yang amat disayanginya, suami dan anak tercinta.
Baru-baru ini, Nora Ariffin menjadi tetamu jemputan di Zayan untuk segmen Zayan Salam Bros bersama Anas dan Mawi.
Dalam segmen tersebut Nora berkongsi kisah kehilangan suami dan anak tercinta dan cara dia menghadapi dugaan tersebut.
- Sabar
“Sabar dan bertahan dengan segala ujian, tidak kira dengan apa pun. Kita kena sentiasa sabar.”
- Redha
“Saya redha dengan setiap ketentuan Allah, sebab saya tahu setiap ketentuan Allah itu ada hikmahnya.”
“Redha. Kita kena terima betul-betul, kena terima dengan apa sahaja. Ingatkan diri ini untuk aku, Allah sayang aku.”
- Bersyukur
“Kita selalu bersyukur, kita dapat nikmat, kita dapat duit banyak, dapat kerja, dapat suami, itu semua kita bersyukur.
Tapi berapa orang daripada kita yang bersyukur bila kita dapat musibah ataupun ujian.”
Dalam perkembangan lain, Nora Ariffin bakal menunaikan umrah kali ketujuh pada bulan Mac akan datang. Semoga Allah permudahkan segala urusannya dan semoga mendapat umrah yang mabrur.
Jika ingin mendengar lagi perkongsian Nora Ariffin, anda boleh mendengar perkongsiannya di Facebook Zayan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.